Click Here...

Friday, January 7, 2011

Kaedah MengINGAT Garam Larut dan Garam Tidak Larut yang dipanggil Kaedah NAJIB. 

Dalam Bab Garam Kimia SPM, terdapat 4 jenis garam utama yang perlu diingat iaitu garam Nitrat (Nitrate), garam klorida (Chloride), garam Sulfat (Sulphate) dan garam Karbonat (Carbonate). Garam lain seperti garam iodida (Iodide) dan garam sianida (Cyanide) tidak berapa perlu untuk diingat.
 
 

Melalui kaedah diatas, kita telah pun mengelaskan jenis-jenis Garam Larut dan Garam Tidak Larut (4 jenis garam sahaja).

Cara menulis/menghafal kaedah ini ialah:
  1. Tuliskan bahagian atas dahulu iaitu NAJIB CARI SUBSIDI CEPAT 
  2. Kemudian tuliskan bahagian ke-2, iaitu PASIR PUTIH AKAN BANJIR HARI KHAMIS mengikut arah anak panah dalam gambarajah di atas. 
  3. Harus diingat bahawa, PASIR AKAN HARI mesti berada di bawah CARI (Chloride) dan PUTIH BANJIR KHAMIS mesti berada di bawah SUBSIDI (Sulphate)
Susunan penghafalan diatas dibuat seperti itu kerana:
  1. Semua garam nitrat larut dalam air.
  2. Semua garam klorida larut dalam air kecuali (PASIR) Plumbum(II) klorida- Pb2+, (AKAN) Argentum klorida- Ag+ dan (HARI) Merkuri(II) klorida - Hg+
  3. Semua garam sulfat larut dalam air kecuali (PUTIH) Plumbum(II) sulfat, (BANJIR) Barium sulfat dan (KHAMIS) Kalsium sulfat.
  4. Semua garam karbonat tidak larut dalam air kecuali Natrium karbonat (Sodium carbonate), Kalium karbonat (Potassium carbonate) dan Ammonium karbonat (Ammonium carbonate)

Semoga kaedah ini dapat membantu anda mengingat garam larut dan tidak larut. 

credit to:  http://www.pahaikan.com/

No comments: