Click Here...

Saturday, January 8, 2011

Pengiraan Dalam Kimia SPM

Pengiraan dalam Kimia SPM banyak melibatkan pengiraan mol, jadi formula yang paling penting dalam Kimia SPM ialah formula penukaran mol dalam Bab 3 yang kadang-kadang dikenali sebagai Rumah Mol.

Dalam formula tersebut, mol dihubungkan dengan jisim, bilangan partikel (atom, molekul atau ion) dan isipadu gas (suhu bilik atau suhu piawai).



** Pastikan anda boleh mengira jisim molar (molar mass) sesuatu sebatian.

Terdapat satu lagi formula untuk mol iaitu yang dihubungkan dengan kepekatan larutan (kemolaran / molarity).





dimana,

n = bilangan mol ( no. mol )
M = kemolaran/kepekatan ( molarity )(mol/dm3)
V = isipadu(volume) (cm3)

Biasanya pengiraan mol ini akan digunakan dalam stoikiometri (stoichiometry), termokimia (thermochemistry), kadar tindakbalas (rate of reaction), asid dan bes, garam, elektrokimia dan banyak lagi...

Contohnya penggunaan formula ini ialah dalam tindak balas peneutralan seperti berikut:


* Bahan diambil dari website ini: http://www.chemistryland.com/CHM130W/09-EquationMath/Stoichiometry/Stoichiometry.htm. Sila klik untuk maklumat lanjut.. 

Formula lain dalam Kimia SPM ialah formula untuk mengira:

1.  Kepekatan/Kemolaran ( concentration / molarity )


2.  Pencairan ( dilution )

           dimana,
           M = kemolaran/kepekatan( molarity )-( moldm-3 )
           V = isipadu ( volume ) (cm3)

3.  Peneutralan ( neutralisation )
           dimana,
           M = kemolaran/kepekatan (molarity)(mol/dm3)
           V = Isipadu/ volume(cm3)
           n = bilangan mol (no.mol)

4.  Termokimia ( thermochemistry )

          dimana,
          H = haba tindakbalas
          Q = haba
          m = jisim larutan
          c = kapasiti haba air
          n = bilangan mol

5. Pengiraan peratus unsur dalam suatu sebatian


Sememangnya dalam silibus Kimia SPM memang hanya sedikit formula yang perlu di ketahui oleh murid...

 
Semoga apa yang diberikan disini akan dapat memberikan sedikit input dan menaikkan semangat untuk menguasai pengiraan dalam subjek Kimia SPM...

Mungkin anda juga ingin mengetahui persamaan-persamaan penting dalam Kimia SPM. Anda bolehlah mendownload senarai persamaan tersebut disini:  
http://www.one-school.net/notes/chemistry/SPM-Chemistry-Formula-List-Form4.pdf; http://www.one-school.net/notes/chemistry/SPM-Chemistry-Formula-List-Form5.pdf



credit to: http://www.pahaikan.com/kimia.php

No comments: